Skip to main content

PASUKAN HAMZAH BIN ABDUL MUTAHLIB, PASUKAN PERTAMA UMAT ISLAM \

Hamzah bin Abdul Muthalib radhiallahu 'anhu adalah bapa saudara Nabi ﷺ. Ia juga menjadi saudara sesusuan Nabi kerana sama-sama disusui oleh Tsuwaibah, budak dari Abu Lahab bin Abdul Muthalib. Kemudian di masa Islam, Hamzah memimpin pasukan pertama kaum muslimin menuju wilayah Saef al-Bahr.
Izin Berperang
Merupakan kebiasaan orang-orang Quraisy bertandang ke Syam untuk melakukan perdagangan. Dalam perjalanan pulang-pergi ke Syam, kafilah Quraisy membawa serta tokoh-tokoh dan sebahagian pasukan untuk menjaga mereka. Siapa sangka, jalur dagang menuju Syam yang biasa mereka lalui sekarang telah menjadi negeri hijrahnya Muhammad ﷺ dan sahabat-sahabatnya. Tentu Nabi ﷺ dan para sahabat punya urusan tersendiri dengan mereka.
Nabi ﷺ memandang ini adalah sebuah kesempatan. Beliau merancang untuk memintas mereka. Menyita barang-barang dagangan berharga yang mereka bawa. Melemahkan dan menghina mereka. Sebagai balasan atas permusuhan dan peperangan yang mereka kobarkan sejak di Mekah. Mereka men…

SEORANG ANAK MENJUAL RUMAHNYA DEMI MELANGSAIKAN HUTANG AYAH


Hampir semua cerita tentang orang Arab, khususnya Arab Saudi, yang sampai kepada kita adalah mengenai hal-hal negatif. Perkataan "Puncak", "malas", "kasar", "perang" adalah sesuatu yang dijaja di benak kita. Sehingga ketika mendengar kata "Arab" rakam memori kita langsung menalar hal-hal buruk. Sampai kita pun rasa-rasanya tak rela Islam itu dari Arab.

Berikut ini, ada kisah dari Arab yang berbeza dari yang biasa kita dengar. Tentang bagaimana berbaktinya seorang anak kepada orang tua. Dan tentang seorang pemberi hutang yang dermawan.

Seorang laki-laki asal Arab Saudi memberikan teladan jempolan, bagaimana menjadi seorang anak yang berbakti. Ia membayar hutang bapanya yang berjumlah 1 juta Real Arab Saudi (lebih daripada 3.5 bilion Rupiah). Untuk menjelaskan hutang ini, sang anak harus menjual rumah yang ia miliki terlebih dahulu.

Sampai akhirnya, orang yang memberi hutang tahu bagaimana hutang itu dibayar. Ia merasa sangat tersentuh dengan usaha sang anak untuk membantu ayahnya. Akhirnya, ia mengembalikan semua wang yang dibayar untuk menjelaskan hutang tersebut.

Di zaman sekarang ini, tentu kisah seperti ini terasa begitu menakjubkan. Dengan cepat kisah ini pun menjadi viral di media sosial.

Seorang peguam di Arab Suadi, Abdurrahman al-Subaihi menyatakan bahawa kisah ini berlaku di mahkamah Arab Saudi. Artinya, seorang yang mengutangi ini begitu cepat memutuskan untuk memutihkan hutang rakan-rakannya. Kemudian al-Subaihi mengisahkan via twitter apa yang ia saksikan. Ia juga mengisahkan bahawa laki-laki yang mengutangi ini begitu tersentuh dengan keputusan sang anak untuk menjual rumahnya sendiri untuk menjelaskan hutang ayahnya. Ia memberikan wang 1 juta Real Arab Saudi sebagai hadiah untuk sang anak kerana menjadi anak yang baik. Para pengguna sosial media pun mengapresiasi perbuatan sang anak. Mereka juga berharap anak-anak mereka tumbuh besar dengan meneladani dirinya.

Seorang ibu di Saudi yang bernama Rana menyatakan bahawa di zaman sekarang apa yang dilakukan anak ini sudah sangat jarang disaksikan. Tingkah laku pemberi hutang dan si anak memberikan teladan yang baik untuk semua masyarakat. Kedua-dua orang ini memberikan kita kepercayaan bahawa masih banyak orang baik dan penolong di luar sana.

Seorang laki-laki Saudi memberikan pujian bahawa sang anak telah melakukan sesuatu yang istimewa. Dan apa yang dilakukan oleh si pemberi hutang lebih hebat lagi, atau sama hebatnya. Ini menjadi teladan bagi kita semua. Wang sejumlah 1 juta Real bukanlah jumlah yang sedikit. Atau bukanlah jumlah yang mudah untuk diberikan begitu sahaja. Peristiwa ini membuktikan bahawa masih ada orang-orang baik di dunia ini.

sumber kisahmuslim.com

Comments

Popular posts from this blog

Sabar Tidak Hanya Berdiam Diri

SABAR adalah kata yang sangat sering kita dengar. Ketika teman kita ditimpa musibah, yang kali pertama dikatakan adalah kata "sabar". Kerana Allah berjanji bahawa orang-orang yang senantiasa sabar sesungguhnya akan mendapatkan kebahagiaan.
Namun, banyak orang yang menyalah ertikan kata sabar ini. Menurut sebahagian orang sabar adalah diam dengan ujian yang sedang dihadapi. Berpasrah kepada Allah tanpa berbuat apa-apa.
Semestinya kita faham bahawa intipati dari sabar itu sendiri bukanlah hanya diam atas apa yang menimpa kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa Dia hanya akan merubah suatu kaum apabila kaum itu merubah nasibnya sendiri. Termasuk ketika kita mendapat masalah.
Pasrah memanglah perlu, tapi pasrah yang seperti apakah itu? Iaitu pasrah kepada Allah beriringan dengan usaha maksimum kita kepada Allah.
Beberapa pamaham yang salah bahawa diam itu hanya sekadar berdiam diri tanpa ada perkara yang dilakukan. Sepatutnya kita tahu bahawa sedar bukan hanya berdiam diri men…

Doakan Keburukan untuk Orang lain, dimakbulkan?

BAGAIMANA seharusnya kita bersikap ketika ada saudara kita mendoakan keburukan secara terang-terangan di hadapan kita? Bukankah doa itu akan tercatat? Lalu bagaimana dengan seseorang yang mendoakan keburukan untuk orang lain, adakah akan dimakbulkan?
Pertama, tidak semua doa buruk yang diucapkan manusia, akan dikabulkan Allah.
Allah berfirman,
"Manusia berdoa untuk keburukan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa, "(QS. Al-Isra: 11).
Ayat ini semisal dengan firman Allah dalam ayat lain,
"Kalau sekiranya Allah menyegerakan doa keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka ..." (QS. Yunus: 11).
Para ahli Tafisr, diantaranya Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma dan yang lain mengatakan,
Bahawa ini doa buruk seseorang untuk dirinya, atau anaknya, ketika dia marah, yang sebenarnya dia sendiri tidak menyukai ketika doa itu dikabulkan. Andai Allah mengabulkan doa keburukan itu, a…