SABAR adalah kata yang sangat sering kita dengar. Ketika teman kita ditimpa musibah, yang kali pertama dikatakan adalah kata "sabar". Kerana Allah berjanji bahawa orang-orang yang senantiasa sabar sesungguhnya akan mendapatkan kebahagiaan.

Namun, banyak orang yang menyalah ertikan kata sabar ini. Menurut sebahagian orang sabar adalah diam dengan ujian yang sedang dihadapi. Berpasrah kepada Allah tanpa berbuat apa-apa.

Semestinya kita faham bahawa intipati dari sabar itu sendiri bukanlah hanya diam atas apa yang menimpa kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa Dia hanya akan merubah suatu kaum apabila kaum itu merubah nasibnya sendiri. Termasuk ketika kita mendapat masalah.

Pasrah memanglah perlu, tapi pasrah yang seperti apakah itu? Iaitu pasrah kepada Allah beriringan dengan usaha maksimum kita kepada Allah.

Beberapa pamaham yang salah bahawa diam itu hanya sekadar berdiam diri tanpa ada perkara yang dilakukan. Sepatutnya kita tahu bahawa sedar bukan hanya berdiam diri menunggu Allah mengubah nasib kita sedangkan tak ada satu pun yang kita lakukan. Beberapa pengertian sabar di bawah ini semoga membuat anda lebih sedar akan sabar itu sendiri.

Yang pertama, sabar itu adalah menekan emosi dan keinginan. Jadi, apabila kita berkata sabar namun emosi kita masih melonjak-lonjak, sungguh itu bukanlah sabar. Sikap sabar adalah penekanan emosi dan keinginan kita dalam diri sehingga tidak terciptanya hal-hal yang tidak diingini.

Yang kedua, sabar itu adalah pengendalian diri. Dalam hal sabar, kita harus mampu mengendalikan diri kita dalam berbagai hal. Kadang-kadang, diri kita tidak terkawal kerana rangsangan negatif dari luar. Inilah pentingnya pengendalian emosi atau sabar itu sendiri.

Yang ketiga, berfikir panjang. Ketika kita ditimpa masalah kemudian harus memutuskan sesuatu, sudah seharusnya sebelum memutuskan kita berfikir panjang. Di sinilah proses sabar terjadi. Sabar bukan bererti pasrah terhadap keadaan, tapi sabar merupakan tindakan nyata kita dalam menerima ketentuan daripada Allah dengan cara berfikir panjang dalam memutuskan sesuatu.

Yang keempat, memaafkan. Sabar bererti memaafkan kesalahan orang lain. Hidup ini tidak akan pernah terlepas dari sebuah kesalahan. Kadang-kadang, kesalahan seseorang yang membuat kita sakit hati akan sukar termaafkan. Di sinilah Allah menguji tahap kesabaran kita. Apakah kita mau memaafkannya atau tetap membencinya.

TAHUKAH anda bahawa setiap persendian tubuh kita diwajibkan bersedekah setiap harinya?



"Sesungguhnya setiap manusia keturunan Adam diciptakan mempunyai 360 sendi," (HR. Muslim no. 2377)



"Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedakah, "(HR. Bukhari dan Muslim).



Lalu, bagaimana jika kita merasa kesulitan bersedekah sekalipun hanya dengan melakukan kebaikan-kebaikan untuk orang lain?



Ada satu amalan yang mencukupi sedekah 360 sendi kita, oleh sebab itu perlu untuk kita rutinkan setiap harinya, yakni dengan solat Dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat:



"Setiap persendian salah seorang di antara kalian ada sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma'ruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah, dan sudah mencukupi hal itu dua rakaat dhuha yang dilaksanakannya, "(HR. Muslim dari Abu Dzarr ra).



Jangan sampai kenikmatan setiap persendian yang Allah anugerahkan pada kita, yang membuat kita mampu berjalan, menggenggam, memasak, mencuci, mengunyah, tidak kita syukuri dengan selayaknya.



Mari lakukan solat Dhuha rutin setiap harinya, semoga kita tercatat sebagai hamba Allah yang bersyukur. []